Product Description
“Lelaki tu memang pelik sikit aku tengok,” kata Syaz. “Bukan setakat dia, mangsa kes ini
pun pelik sama. Kes ini pun lagi bapak segala pelik.”
“Mana ada kes yang tak pelik. Lagi-lagi mati tergantung macam tu. Dan kau cakap
semalam, perempuan tu mati sebijik macam mangsa-mangsa Sepuloh Nama tu dulu.”
“Ha! Tu lah yang anehnya,” kata Syaz. “Dan kau tahu tak, perempuan yang mati tu
sebenarnya anak angkat Mutalib Reza?”
“What!??”
“Kau pun terkejut kan?”
“Copycat killer? Balas dendam?” Dark menduga-duga.
“Atau ...” Syaz memandang Dark di sebelahnya. “Perempuan tu dibunuh oleh
pembunuh sebenar Sepuloh Nama.”
“Oh, come on lah! Syaz. Kau masih percaya, Mutalib Reza tak bersalah?” Dark
menggeleng-geleng.