Abu Urwah: Legenda Tanpa Sorotan - Dr Hamdi Ibrahim - 9789672007371 - ILHAM Press
- Regular price
- RM29.75
- Regular price
-
RM35.00 - Sale price
- RM29.75
- Unit price
- per
Product Description
Abu Urwah: Legenda Tanpa Soroton adalah sebuah buku yang menceritakan “the untold story” mengenai sosok Saari Sungib, seorang tokoh gerakan Islam yang cukup terkenal dengan bukunya Risalah Usrah. Buku yang menjadi fenomenal terutama dalam gerakan Islam di Asia Tenggara pada dekad-dekad 1980an sehingga 2000an. Hampir menjadi pemain hoki kebangsaan, menjadi pemimpin mahasiswa semasa zaman belajarnya di UK, mengasaskan Jamaah Islah Malaysia (JIM), terjun ke medan siasah semasa zaman kemuncak reformasi 1998 dan ditahan akta ISA serta lain-lain antara cerita-cerita yang menarik yang ada dalam buku biografi ini. Buku ini juga mendedahkan tentang IRC - Islamic Representative Council - sebuah pertubuhan pelajar yang berpengaruh dan kontroversi.
------------------
Seorang yang dikatakan legenda, siapa pun dia, tidak akan pernah dilupakan, walaupun tanpa sorotan. Perjalanan hidup serta sudut pandang epistemologinya, akan terus membuat darah muda yang sedang mencari arah baru menggigil kerana terinspirasi. Penulis sedar bahawa Saari Sungib – Abu Urwah, tidak begitu selesa buku ini diberi judul Legenda Tanpa Sorotan. Baginya panggilan legenda itu hanya mahu memaksudkan seseorang itu hebat dan luar biasa. Mana mungkin? Ini menyalahi prinsip kerja dan perjuangannya! Apa yang dihayatinya sepanjang hidupnya adalah bergerak mestilah berjamaah. Berpegang kukuh kepada dalil dan hujah. Bertindak atas landasan syura dan amal jamaie.
Abu Urwah tidak membina kemenangan atau kekuatan di atas personaliti individu atau jenama mana mana kumpulan. Dia bersama-sama mencetuskan syura, melakarkan wawasan, mengatur sumber dan menggembleng tenaga. Mula dengan bismillah dia pun bekerja. Selepas itu dia bekerja dan terus bekerja. Tidak ada sorotan yang perlu dicatatkan. Sorotan tidak dibina atas nama seseorang. Tetapi pengajaran meresap dan menyerap ke akar umbi dan akal budi golongan mukhlisin. Dia datang membantu dan memberikan yang terbaik selepas itu beredar pergi.