Memoir Abdullah C.D (Bahagian Kedua) - Abdullah CD - 9789672464914 - SIRD
- Regular price
- RM38.25
- Regular price
-
RM45.00 - Sale price
- RM38.25
- Unit price
- per
Product Description
Memoir Abdullah CD: Penaja dan Pemimpin Rejiman Ke-10 secara khusus memfokuskan kepada perjuangan bersenjata menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya yang bermula pada bulan Jun 1948. Secara umum bolehlah disimpulkan perjuangan bersenjata anti-British adalah akibat wajar dari penindasan British secara kekerasan ke atas pergerakan rakyat yang berjuang menentangnya. Juga ia hasil kesedaran nasional dan patriotik rakyat Malaya yang mula berkembang sejak tahun 1930-an. Perang Dunia Kedua telah mempertingkatkan kesedaran tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Selepas tamat perang tersebut, gerakan kemerdekaan yang diterajui oleh PKM, PKMM, API, AWAS, BTM, kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain terus berkembang. Sesuai dengan tajuk Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah CD tidak hanya menubuhkan Rejimen Ke-10, tetapi juga telah memimpin pasukan itu melancarkan perjuangan susah payah menentang kekuasaan penjajah British. Pada tahun 1953, beliau memimpin pasukan Rejimen Ke-10 menempuh berbagai rintangan dan tiba di kawasan sempadan Malaya-Thai dengan jayanya. Sejak itu beliau pula bertungkus lumus memimpin pasukan membangun basis kawasan sempadan demi meneruskan perjuangan sehinggalah wujudnya perjanjian damai di Hadyai pada 2 Disember 1989.